Fruktosa 1-fosfat
Fruktosa 1-fosfat

Fruktosa 1-fosfat

Fruktosa 1-fosfat ialah sebuah terbitan fruktosa. Ia dihasilkan secara utamanya oleh fruktokinase hati, tetapi juga dihasilkan dalam kuantiti kecil di mukus usus kecil dan epitelium proksimal di tubul renal.[1] Ia merupakan bahan perantara penting dalam metabolisme glukosa. Oleh kerana fruktokinase mempunyai Vmax yang tinggi, fruktosa yang memasuki sel cepat terfosforilasi menjadi fruktosa 1-fosfat.[1] Dalam bentuk ini, ia biasanya terkumpul di dalam hati sehingga ia mengalami pertukaran selanjutnya oleh aldolase B (enzim pengehad kadar metabolisme fruktosa).Aldolase B menukarkannya kepada gliseraldehid dan dihidroksiaseton fosfat (DHAP). Gliseraldehid kemudiannya difosforilasi oleh triosa kinase kepada gliseraldehid 3-fosfat. Metabolisme fruktosa pada dasarnya menghasilkan bahan perantaraan glikolisis. Ini bermakna fruktosa mempunyai nasib yang sama seperti glukosa selepas ia dimetabolismekan. Produk akhir glikolisis (piruvat) kemudiannya boleh menjalani glukoneogenesis, memasuki kitaran asid sitrik atau disimpan sebagai asid lemak.